Maklumat Am

 

Keterangan  Pakej  Umrah Ziarah

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
  • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.
  • Visa Umrah 
  • Penginapan, Makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara. 
  • Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali Ziarah Pilihan) 
  • Umrah 3 kali bersama mutawwif.
  • Beg pakaian , beg sandang & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)
  • Insuran Berkelompok ( Bagi jemaah berumur 18 - 65 tahun sahaja pada hari penerbangan) dan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

Notis: Perlindungan takaful ini tidak melindungi diri daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan. Selaras dengan Jadual Akta ke-4, Akta Industri Pelancongan, Jemaah /anggota pelancongan dinasihatkan membeli perlindungan insuran perjalanan.

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK

  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  • Tambahan kos visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  • Makan minum semasa transit melainkan yang dinyatakan

 

Pemohonan Visa Umrah Ziarah
Para jemaah perlu menyediakan:

Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 7 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung warna gelap : Hitam digalakkan)
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat UMRAHZIARAH2GO.COM selewat-lewatnya 45 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 30 hari sebelum 1 Ramadhan)

 

 *Syarat-syarat terkini:

1 Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18 tahun.
2 Jemaah lelaki /perempuan bawah 18 tahun, Ibu dan bapa mesti pergi.
3 Jemaah wanita berumur 45 tahun tidak boleh mohon visa WOMEN GROUP. Women Group hanya boleh untuk Jemaah berumur 46 tahun ke atas.
4 Peraturan 6 bulan sekali untuk umrah di kuatkuasakan mulai 21 Januari 2015.
5 Consent letter - Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung, adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung)

 

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan:

  JEMAAH MAHRAM DOKUMEN DIPERLUKAN NOTA
1 Isteri Suami
  • Salinan sijil nikah
  • Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  • Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami-isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
2 Anak perempuan dan anak lelaki di bawah 18 tahun Bapa
  • Salinan Sijil Lahir
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3 Anak angkat Bapa Angkat
  • Salinan Sijil angkat (JPN) dan
  • Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak)
  • Pastikan dokumen tersebut telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  • Bagi anak angkat yang mempunyai nama bapa angkat di dalam paspot dan Sijil Anak Angkat, salinan Sijil Anak Angkat tersebut hanya perlu disahkan oleh Wisma Putra sahaja dan tidak perlu surat kuasa dari mahkamah.
4 Anak tiri Bapa Tiri
  • Salinan Sijil Lahir
  • Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak)
  • Letter of Consent dari bapa kandung serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
5 Anak saudara Bapa Saudara sebelah bapa sahaja.
(Bapa saudara sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
  • Salinan sijil lahir anak saudara,
  • Salinan sijil lahir bapa saudara,
  • Salinan sijil lahir bapa
  • Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
6 Cucu Datuk Sebelah bapa sahaja.
(Datuk sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
  • Salinan sijil lahir,
  • Salinan sijil lahir bapa
  • Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Bagi bapa dan ibu yang telah meninggal salinan Sijil Kematian perlu disahkan oleh Pejabat Pendftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
7 Warganegara asing  

Pemastuatin Tetap (Permanent Residence)
Kad Pengenalan Asal dan salinan Kad Pengenalan.

Visa Pekerja (Employment Pass)
Surat pengesahan majikan.

Visa Pelajar (Student Visa)
Surat pengesahan dari Kolej/Universiti/Sekolah.

Visa Keluarga (Social Visit)/Independent Pass)
Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir.

  • Bagi pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta.
  • Visa perlu sah laku tempoh 6 bulan ke atas.
Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di Imigresen ketika hendak ke luar negara nanti.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia
http://sspi2.imi.gov.my/

Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

 

Penempahan
  1. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM500 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
     
  2. Sila bayar terus ke dalam akaun kami :-
    Bank
     MAYBANK BHD
    Nama
    HIJRAH NUSRAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
    No Akaun
     5624 7814 8909
     
  3. Fax slip bayaran ke +603-2770 2580  atau email ke admin@umrahziarah2go.com.
     
  4. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan cukai insurans dan visa (lebih kurang RM1,500).

  5. Harga kanak-kanak di antara 2 tahun hingga kurang 12 tahun. 
    (Tanpa Katil - Diskaun RM500, Ada Katil - Diskaun RM200)
  6. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Perkhidmatan lain yang ditawarkan

SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ

Tertakluk kepada peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992,Hijrah Nusrah Travel & Tours Sdn Bhd (1095388-D KPK/LN 7736) berhak untuk mengenakan bayaran minima caj servis RM50.00 bagi setiap pembatalan pakej dan:-

  • Bayaran visa penuh,sekiranya urusan visa telah dibuat.
  • Surcaj/deposit tiket,sekiranya penempahan tiket telah dibuat.
  • Surcaj hotel,sekiranya penempahan hotel telah di buat.
  • Bayaran RM 150.00 sekiranya beg atau buku panduan umrah tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
  • Caj pembatalan seperti peruntukan 3, jadual keempat akta industri pelancongan 1992 (Pendahuluan RM500 tidak dipulangkan sekiranya pembatalan kurang 45 hari dari tarikh pakej)

KURSUS BUKAN WAJIB 

  • Hari : Sabtu ( Setiap 2 Minggu )
  • Jam : 9.00 Pagi - 1.00 tengahari 
  • Lokasi : 19 -1 Jalan Putra 3,Taman Putra Kajang 43000 (akan dimaklumkan kemudian)
  • Sila buat pendaftaran sebelum hadir kursus : admin@umrahziarah2go.com
 

 

Maklumat Hotel

 

MEKAH

  • PAKEJ 'A' HOTEL MEKAH: Hanin Firdaus,Nawrah Sham 1,Bait 5 @ Setaraf 200 - 300 M @ Setaraf
  • PAKEJ 'B' HOTEL MEKAH: Tower Wadi Ibrahim,Rehab Akhir @ Setaraf 350-550 M @ Setaraf
  • PAKEJ 'C' HOTEL MEKAH: Rehab,Luluhan Anwar,Al Tayres 700 -  900 M @ Setaraf

MADINAH

  • SEMUA JENIS PAKEJ : Dyar Habib,Dyar Taiba,Sama Silver,Sama Daimond, Fayroz Season, Reyyana @ Setaraf (100 - 200 meter)

 

Penerbangan - Tiket Ekonomi

 

Elaun Bagasi
*Penerbangan - Tiket Ekonomi
PenerbanganElaun Bagasi (Pergi - Balik)Air Zam-zam (Balik)Surcaj Lebihan Bagasi
 Saudi Airlines (SV)  1 beg sahaja (Max 23kg/beg) 5 Liter  USD 100/beg
 Malaysia Airlines (MH)  Max 20kg 5 Liter  RM 110/kg
 Egypt Air (MS)  2 beg sahaja (Max 23 kg/beg) 5 Liter  USD 250/beg atau USD 125/kg
 Turkish Airlines (TK)  Max 30kg 5 Liter  SGD 40/kg
 Fireflyz (FY)  Max 20kg/30kg (balik) 5 Liter  RM 40/kg
 Royal Jordanian (RJ)  Max 20kg 5 Liter  RM 110/kg
 Oman Airways (WY)  Max 30kg 5 Liter  RM 95/kg
 Etihad Airways (EY)  Max 40kg 5 Liter  USD 20/kg
 Ethiopian Airlines (ET)  Max 30kg 5 Liter  TBA
 AirAsia X  Max 20kg/30kg (balik) 5 Liter  TBA

*Nota: Maklumat ini diperoleh dari syarikat penerbangan dan tertakluk kepada perubahan.

 
Panduan Pakaian / Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci
PAKAIAN LELAKIPAKAIAN WANITA
Tuala Ihram 2 Telekong Solat 2
Tali pinggang 1 Mini Telekong 2
Baju Biasa 2 Baju Kurung 3
Baju Melayu 2 Baju Maxi 2
Singlet Berlengan 4 Baju Tidur & Seluar Panjang 2
Seluar Panjang 2 Stokin 3
Kain Pelikat 3 Sarung Tangan 1
Tuala Mandi 2 Tuala Mandi 2
Tuala Kecil 1 Tuala Kecil 1
Stokin 2    
Selipar Getah 1 Selipar Getah 1
Kasut Biasa 1 kasut Biasa 1

LAIN-LAIN
Buku Doa (kecil) 1
Penyangkut Baju 5
Beg Pakaian(Besar)-Berkunci 1
Gunting Kecil 1
Beg Sejadah 1
Lencana Nama 1
Beg Bimbit Sederhana 1
Ubat Gigi 1
Berus Gigi 1
Sabun Mandi 1
Uncang Besar 1

 

UMRAHZIARAH2GO.COM